Saturday, 12 March 2016

(Foto) Aksi remaja bermaksiat terang-terangan di taman tasik jadi viral

Bandar besar yang baik sering dilengkapi dengan kemudahan awam seperti kawasan rehat, taman dan tempat kanak-kanak bermain.

Malangnya, remaja zaman sekarang sering menyalahgunakan kawasan-kawasan terbuka seperti ini untuk aktiviti kurang sopan dan maksiat. 

Beberapa keping foto tersebar di media sosial pada Khamis lalu menyaksikan sepasang kekasih berpelukan dan berguling-guling di sebuah taman tasik. Tanpa segan silu, pasangan ini berkucupan mesra sambil berbaring tanpa mempedulikan orang ramai yang berada di situ.

Walaupun individu yang memuatnaik foto ini tidak menyatakan lokasi tepat perlakuan ini berlaku, ianya jelas menunjukkan keruntuhan akhlak remaja pada sekarang - Pilihan anda blog

Saturday, 20 February 2016

Gol Faiz Subri : Ini Komen 'Pedas' Dari Mat Salleh Buat Pengulas Sukan Tanah Air




Penang - Seperti sedia maklum, gol pemain skuad bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri, kini menjadi bualan peminat-peminat bola sepak dalam dan luar negara.

Rata-rata mereka yang menonton klip video sepakan percuma itu memuji lencongan yang berjaya dibuat oleh Faiz Subri.

Tapi, malangnya ada juga yang mengkritik klip video tersebut, tapi bukannya sepakan Faiz Subri, tapi komen dari pengulas yang mengulas permainan tersebut.

Menerusi komen yang diperoleh dari The Sport Bible, ini antara komen-komen pedas yang diberi oleh penonton video tersebut.

David Buckley menulis : "Bagaimana pengulas tu boleh memberi reaksi seperti dia melihat perkara ini setiap hari?..."

Komen tersebut mendapat lebih dari 200 likes dan juga beberapa mesej susulan terutamanya dari rakyat Malaysia yang rata-rata bersetuju dengan komen tersebut.

Mohamed Basyir menulis : "Itulah pengulas Malaysia, teruk".

Kwok Weing pula menulis : "Setuju. Tak ada emosi langsung ketika melihat gol yang cantik. Sangat merugikan, tolong buang pengulas ni."

Namun ada juga yang tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan dengan mat salleh berkenaan. Adza Edie Izwan menulis "Sebenarnya, ini hanyalah tayangan ulangan".

Kemudian David Buckley membalas komen Adza dengan berkata biarpun sekadar ulangan, kebiasaannya pengulas eropah akan masih lagi teruja dengan gol yang cantik seperti itu.

Apa pun, lihat sendiri ulasan live yang dibuat oleh pengulas ketika perlawanan. Sama ada 'lame' atau tidak, anda tentukan. - Siakapkeli.my

Kepala Ayam Boleh Dimakan


Kuala Lumpur: Susulan viral  mengenai sup soto yang mengandungi kepala ayam, pendakwah terkenal Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz tampil mencerahkan isu sama ada ianya halal atau tidak untuk dimakan.

Menurut Hassan, kepala ayam boleh dimakan kerana ia bukannya najis.

Menurut Hassan, selain dari najis, bulu dan kuku haiwan yang halal juga tidak boleh dimakan kerana bimbang akan mendatangkan kemudaratan.

Oleh kerana itu, kepala ayam boleh dimakan sekiranya ia dibersihkan terlebih dahulu dan bulu-bulunya dibuang.

Jika ada individu kata makan kepala ayam tidak boleh, kenapa kepala ikan boleh pula?

Asalkan haiwan itu disembelih dan bukannya dilanggar, selain dimasak dengan cara betul,” kata beliau sebagaimana lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my

Sebarkan!!! Laman Funtastiko Dedah Gambar Bocor Proton Perdana 2016


Portal dunia permotoran tempatan, Funtastiko, hari ini mendedahkan dua keping gambar yang dikatakan Proton Perdana 2016 yang telah terbocor.

Menurut portal terbabit, mereka yakin ia versi produksi Perdana 2016 kerana melihatkan kepada bentuk lampu belakang dan depan adalah sama dengan imej teaser yang pernah dikeluarkan.

Selain itu, portal tersebut sebelum ini turut mendedahkan spesifikasi Perdana 2016. -sumber


Sebarkan!! Pemilik Kad Pengenalan Masih Hidup, Cerita Kejadian Bunuh Diri Sengaja Direka



JITRA: Sejak beberapa hari lalu tersiar di laman sosial gambar kejadian bunuh diri melibatkan seorang ibu muda telah membunuh anaknya sebelum membunuh diri gara-gara kecewa dengan suaminya yang suka berfoya-foya dan kejadian sebenarnya berlaku di Utradit, Bangkok, Thailand.

Namun, ada sedikit perkara yang tidak enak didengar apabila berita berkenaan tiba-tiba ada pihak yang 'gatal' mereka cerita dengan memasukan dua keping gambar kad pengenalan dua warga Malaysia iaitu milik Nurulhuda Binti Juhari dan anaknya.

Berdasarkan keterangan gambar, ia seolah-olah mengatakan Nurulhuda merupakan wanita Thailand yang membunuh anaknya sebelum membunuh diri.

Memetik laporan Sinar Harian, Bapa kepada Nurulhuda, Juhari Othman, 62,  menafikan gambar wanita dan kanak-kanak yang berlumuran darah itu bukan anak dan cucunya.

Beliau menyatakan kehairanan bagaimana gambar kad pengenalan anaknya boleh diviralkan bersama gambar berkenaan.

“Anak saya di tempat kerja dan cucu saya berada di rumah ketika saudara-mara menghubungi saya untuk kepastian mengenai gambar yang tersebar itu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tok Jalai, Jitra, semalam.
Hasil carian Siakapkeli di laman sosial, gambar berkenaan masih ada sehingga kini di mana ia disebarkan oleh seorang wanita di mana posting berkenaan telah dikongsi sebanyak 5,249 kali dan disukai sebanyak 223 orang.



Keterangan gambar pula menyebut: "Seorang isteri menembak dirinya dan anak lelaki selepas bergaduh dgn (dengan) suami akibat terlalu mrh (marah) suami suke (suka) berfoya foya dgn (dengan) pmpn (perempuan) lain..."

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, terdapat satu laporan penafian berhubung kes yang viral itu, oleh seorang lelaki berikutan didakwa berkahwin dan akibat tingkah lakunya, isterinya menembak anak mereka dan membunuh diri.

“Lelaki terbabit turut melaporkan bahawa gambar kad pengenalan dirinya turut dimuat naik di Facebook,” katanya.

Selain itu, lelaki berkenaan membuat laporan polis kerana untuk menafikan juga yang dia mempunyai hubugan dengan wanita yang didakwa sebagai isterinya dalam viral itu dan berhasrat ingin membersihkan namanya. - Siakapkeli.my

Rangka manusia 
700 tahun ditemui

Rangka manusia prasejarah Gorontalo yang dipercayai berusia 700

Gorontalo – Rangka manusia prasejarah berusia kira-kira 700 tahun ditemukan di Desa Oluhuta, mukim Kabila Bone di daerah Bone Bolano di sini, baru-baru ini.

Penyelidik di Institut Arkeologi Manado, Ipak Fahriani berkata, manusia purba itu dipercayai mendiami kawasan pesisir pantai Desa Oluhuta.
Kompas.com melaporkan, kawasan Oluhuta yang merupakan sebuah tapak prasejarah turut menyaksikan penemuan beberapa rangka manusia lain dan kapak batu.
“Artifak yang ditemukan di tapak Oluhuta memiliki ciri-ciri budaya prasejarah, antara lain berupa beliung batu persegi sebagai peralatan semasa zaman batu neolitik, serpihan tembikar dan sisa logam,’’ kata Ipak, Isnin lalu.
Hasil penggalian yang dilakukan Institusi Arkeologi Manado hampir lapan tahun lalu di tapak itu turut menemukan 12 rangka manusia purba yang masih dalam keadaan baik.
“12 rangka tersebut ditemukan dalam kedudukan sejajar dan teratur dengan orientasi arah menghadap barat – timur.
Perkara ini menunjukkan budaya penguburan mayat manusia yang sudah biasa dilakukan di kawasan itu,” katanya.
Tapak Oluhuta menjadi pusat pemerhatian dan aktiviti kajian pemukiman yang bermula dengan penemuan lima buah kapak batu dan beberapa rangka manusia di lokasi tersebut.
Pada awalnya, artifak dan sisa tulang manusia itu ditemukan ketika penduduk meneroka tanah itu untuk dijadikan kediaman mereka.
Sebanyak tujuh bilah kapak batu dan serpihan tulang serta tengkorak manusia ditemukan semasa penduduk sedang melakukan kerja menggali tapak asas rumah – sumber

Dipancung IS hanya kerana dengar lagu

Dipancung IS hanya kerana dengar lagu

MOSUL- IRAQ. Seorang remaja dipancung oleh militan IS selepas ditangkap mendengar muzik pop menerusi pemain CD mudah alih.
Memetik laporan portal antarabangsa, MDetro.co.uk, Ayham Hussein, 15, ditahan oleh kumpulan militan itu ketika mendengar muzik di kedai runcit milik bapanya di barat Mosul, Iraq.
Ayham dipaksa hadir pada perbicaraan mahkamah Islamist dan kemudiannya dihukum pancung di hadapan masyarakat umum.
Mayatnya diserahkan kepada keluarganya pada Selasa lalu.
Ia dipercayai kes pertama di bandar tersebut dan mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan.
Dalam satu kenyataan dua tahun lalu, kumpulan itu telah menyatakan pengharaman ke atas lagu-lagu atau muzik dimainkan sama ada dalam kereta, di tempat awam, kedai dan pasaraya.
IS juga turut melarang sebarang penggantungan poster potret di kedai dan pasaraya – sinar

'ALLAH... macam mana ni,' kata Ustaz Kazim

'ALLAH... macam mana ni,' kata Ustaz Kazim


KOTA BHARU - Jadual pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang sangat padat, selain memaksa beliau menjelajah ke seluruh negara bagi memenuhi jemputan orang ramai dipercayai menjadi punca beliau terpaksa dimasukkan ke hospital.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim tetap memenuhi setiap undangan diterima semata-mata ingin bertemu orang ramai tanpa pernah mengadu penat.

Pegawai Khasnya, Rafi Rahman memberitahu, pendakwah itu memang sudah nampak kurang sihat dan wajahnya pucat, tetapi tetap mahu meneruskan ceramah di pekarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok, kelmarin.

Rafi berkata, Mohd Kazim memang begitu komited dengan urusan kerjanya meskipun terpaksa menahan kesakitan sebelum itu.

“Pagi ini (semalam), dia sudah boleh bercakap lebih jelas berbanding malam tadi (kelmarin) dan perkara yang diucapkannya, dia terkilan kerana tidak dapat menghabiskan ceramahnya.

“Ketika dalam perjalanan ke hospital pun dia kata ‘ALLAH, ALLAH macam mana ni’, tetapi saya pujuk, kesihatan dia lebih penting buat masa ini. Dia dah janji nak datang tetapi hanya dapat berceramah selama tujuh minit. Memang dia terkilan sangat,” katanya.

Malam kelmarin, Mohd Kazim dikejarkan ke HUSM selepas difahamkan terkena serangan jantung. sumber

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More